Wednesday, 7 March 2012

ILMU MENGENAL ALLAH (MAKRIFATULLAH) 1...


IKTIKAD KETUHANAN, SYIRIK DAN ILMU
  
   Perkara pokok yang perlu kita ketahui ialah iktikad ketuhanan.  Jika rosak iktikad kita tentang ketuhanan, maka rosaklah segala amalan dan ibadat kita ditolak oleh Allah.  Justeru itu perlulah kita ketahui sedalam-dalam dan  secara terperinci tentang iktikad ketuhanan ini, dimana pada hari ini tidak diperbincangkan lagi dan tidak dititik beratkan lagi oleh sebahagian besar umat Islam terutama pada cerdik pandai Islam pada zaman ini.  Kita rasa amat sedih sekali, kerana dewasa ini aspek-aspek ketuhanan ini telah diperingankan dan dianggap menyeleweng oleh sebahagian besar umat Islam terutama cerdik pandai Islam dimasa ini.  Jadi bagaimanakah pegangan kita tentang iktikad ketuhanan?.

   Rasullallah saw bersabda; "Untuk mengetahui tentang ketuhanan wajiblah menuntut ilmu dan untuk menjalani sesuatu amalan atau ibadat wajiblah kita menuntut ilmu".  Pepatah ulamak-ulamak dahulu ada berkata "Fardhu sebelum fardhu".  Menuntut ilmu itu fardhu ain pada setiap lelaki dan perempuan yang mukallaf, iaitu tiga ilmu yang wajib dituntut, iaitu 


A.   ILMU FEKAH

B.   ILMU USULLUDIN @ TAUHID 

C.    ILMU TASAUF.

   Sebagai contoh, iaitu untuk menyampaikan faham kepada kita, iaitu kita ibaratkan tiga ilmu itu sebagai orang yang hendak menjala ikan, yang bertujuan dan bermatlamat untuk mendapat ikan.  Sebelum hendak menjala wajiblah kita ketahui beberapa peraturan atau undang-undang untuk menggunakan jala tersebut, contohnya seperti dibawah:-


A.   FEKAH

   Sebelum kita hendak mengerjakan sembahyang, kita perlu ketahui cara-cara hendak bersuci dan cara-cara hendak mengangkat udhuk atau mengambil air sembahyang, dan  ini semua diterangkan secara terperinci didalam ilmu FEKAH.  Ilmu FEKAH ini kita ibaratkan dengan cara-cara hendak memegang jala sebelum kita menebarnya kedalam air.  Jala tersebut perlulah dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu dibelakang, ditengah dan dihadapan, dan jikalau tidak mengikut peraturan ini wajiblah jala tersebut tidak akan kembang dan sudah semestinyalah tidak akan mendapat hasilnya.  Ilmu FEKAH itu amat penting kerana kita perlu mengetahui cara-cara hendak mengerjakan amal, jikalau tidak mengetahui ilmu FEKAH bagaimana kita hendak mengerjakan sesuatu amal atau ibadat, sedangkan tiap-tiap satu rukun itu ada peraturan-peraturannya, dimana sekiranya kita tidak mengikut peraturan-peraturann yang telah ditetapkan, maka rukun atau ibadat itu batal dan tertolak (tidak sah).

B.   USULLUDIN @ TAUHID

Setelah kita pandai menebar jala, perlulah pula kita pastikan tempat yang hendak kita menebar jala tersebut tidak ada halangan didalam air, seperti kayu, batu atau sebagainya.  Walaupun kita sudah pandai menebar jalan tetapi jikalau kita tidak pandai memeriksa tempat yang hendak kita menjala, sudah pastilah matlamat untuk kita mendapat ikan jadi sia-sia sahaja, kerana jikalau terkena kepada kayu atau batu sudah pastilah jala tersebut akan pecah atau koyak dan ikan yang diharapkan terlepas.  Oleh itu USULLUDIN juga ialah suatu ilmu yang terpenting,  yang mana kita hendak mengusul sehingga kita dapat mentauhidkan atau mengesakan Allah dengan sebenar-benarnya.  

Jadi apabila kita hendak mengerjakan sembahyang bermakna kita hendak menyembah Allah, dan sebelum kita hendak menyembah tentulah kita kena ketahui dan kenal dengan tuan yang hendak kita sembah.  Sembahyang itu menyembah Allah, tetapi adakah kita kenal dengan Allah yang kita sembah?.  Ibaratnya; jikalau kita mengerjakan (menebas) kebun atau ladang seseorang, sedangkan tuan yang empunya ladang tersebut kita tidak kenal, cukup seminggu atau sebulan kita hendak minta upahnya, dari atau kepada siapa yang kita hendak minta upah?.  Atau adakah tuan punya ladang tersebut rela dengan permintaan kita?.  

Begitulah juga dengan amal atau ibadat kita, kita berkehendakkan pahala atau syurga, sedangkan tuan yang empunya pahala dan syurga atau tuan yang kita tujukan amal ibadat kita, kita tidak ketahui dan tidak kenal, jadi kepada siapa yang hendak kita minta pahala atau syurga?.  Dan juga jikalau kita mengerjakan amal atau ibadat dengan disertai berkehendak kepada syurga atau pahala, ini bermakna tidak ikhlas namanya, sedangkan mengikut ilmu TASAUF batal pahala amal yang kita kerjakan.  Mengikut firman pula, tiap-tiap amal atau ibadat mestilah dengan ikhlas, jika tidak amalan itu ditolak oleh Allah. 

       Contohnya; didalam sembahyang kita sebut sahaja aku sembahyang, jadi sahaja aku sembahyang  itu kita hendak letak dimana?.  Sebenarnya perkataan sahaja itu terletak dihamba, dari itu jikalau hamba membuat satu-satu kerja tidak layaklah hamba itu meminta balasan atau bayaran, sebab Allah menyebut kepada kita hamba bukan kuli.  Jikalau kuli tidak diberi upah atau bayaran sudah pastilah kuli tersebut tidak akan membuat sebarang kerja walaupun diperintah.  Seorang hamba apabila membuat kerja mengikut perintah tuannya bukan kerana upah atau gaji.  Sedangkan kuli membuat kerja kerana mengharapkan upah atau gaji, jadi kenalah faham betul-betul perbezaan antara kuli dengan hamba.  

Seorang hamba mendapat ganjaran atau habuan diatas ikhsan tuannya, kerana tuan itu melihat hambanya rajin berkerja dengan ikhlas, tekun dan sabar sehingga tidak mengenal penat dan lelah, maka timbullah rasa kasihan tuannya itu kepada hambanya, lalu tuan itu memberi hadiah atau saguhati untuk hambanya.  Oleh itu kita hendak masuk syurga atau mendapat pahala bukanlah kerana amalan, tetapi kerana keikhlasan dan juga kerana Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah.  Sekiranya kita masuk syurga kerana amalan kita, bermakna syurga dan pahala itu boleh dibeli dan seolah- olah baharu boleh memberi bekas.  Dari itu jikalau kita beramal dan beribadat kerana takut dosa dan hendakkan pahala, bermakna kita dengan Allah ibarat kuli bukannya hamba, dan kiranya tidak mendapat upah atau bayaran sudah pasti tidak mahu buat kerja.

   Seperkara lagi kerana takut dihukum dan juga kerana perintah, jikalau tidak sudah pasti siapa pun tidak mahu buat kerja, ini juga termasuk perkara-perkara yang tidak ikhlas.  Jikalau begitu dimanakah hendak diletakkan LILLAHITA'ALA?.  Dan jikalau kita beribadat kerana menuntut sesuatu, dan jikalau begitu apa yang kita ucapkan tidak setentang dengan apa yang kita niatkan.  Kita ucapkan kerana Allah, tetapi kita niat kerana syurga atau pahala, tentulah ini juga termasuk didalam golongan munafik, kerana kita lakukan bukan kerana Allah, tetapi kerana hendaklah syurga dan takut pada neraka, yakni bukan kerana Allah tetapi kerana HAK Allah.  

Kesimpulannya jikalau Allah tidak buat syurga dan neraka sudah mesti kita tidak akan mengerjakan ibadat, dan jikalau kita periksa betul-betul diri kita, pada kebiasaannya apa-apa ibadat dan amal kerana HAK TAALA, bukan kerana Allah sebenarnya.  Pembalasan syurga dan neraka itu adalah janjian Allah kepada hambanya, setimpal dengan perilaku hambanya didunia.  Baik balasannya syurga dan jahat balasannya neraka, bukanlah bermakna disuruh hamba itu menuntutnya, kerana tugas hamba itu ialah memperhambakan dirinya zahir dan batin, dan terpulanglah kepada tuannya untuk meneracai keperhambaannya.  Kita sebagai hamba dengan ikhlas wajib memperhambakan diri sepenuhnya.

C.   TASAUF

Ilmu TASAUF pula diibaratkan sebagai batu jala, kita sudah pandai menjala dan juga pandai memeriksa tempat menjala, akan tetapi jalanya tidak ada batu, walaupun kita pandai menebar jala dan jala kita kembang, tetapi disebabkan jalan tidak ada batu, jalan tersebut kembang di atas air tidak pula turun kebawah dan matlamat untuk mendapat  ikan jadi sia-sia.
   Kita sudah pandai syariat dan pandai cara-cara hendak beribadat, tetapi jikalau tidak mempunyai ilmu TASAUF pahala amal kita batal.  Amal ibadat kita tetap sah, tetapi tidak ada hasil atau pahala, walaupun sifat kehambaan itu bukanlah menuntut pahala, akan tetapi amal ibadat kita tidak ada nilaian disii Allah Taala, dan dengan sendirinya amalan kita tadi jadi sia-sia sahaja.

   Oleh sebab itulah kita wajib dan perlu mengetahui ketiga-tiga ilmu tersebut, terutama ilmu TASAUF, kerana ilmu TASAUF inilah hendak mengesahkan pahala amal.
            Usul, fekah dan tasauf pula dipecahkan kepada beberapa cabang dan rantingnya iaitu; USUL FEKAH, USULLUDIN (SIFAT DUA PULUH), USUL TAHQIQ, TASAUF IBADAT dan TASAUF HAKIKAT.  Usulludin setakat sifat 20, dipecah kepada empat bahagian iatu NAFSIAH, SALBIAH, MAANI dan MAANAWIYAH, dan juga dipecah kepada istiqna, istiqa, sifat kaya, sifat baqa dan tersimpulah aqidul iman.  Apakah setakat itu sudah beriman?.  Setakat usulludin hanya menceritakan dan memberitahu kita, bahawa Tuhan ada, Tuhan sedia, Tuhan bersalahan dengan yang baharu, Tuhan kekal, Tuhan melihat, Tuhan berkata-kata dll.  Usulludin setakat menceritakan sahaja,  tetapi yang melihat, berkata, berkuasa, mendengar itu dimana?.  

   Lazimnya usulludin terhenti disini sahaja dan jika ditanya Tuhan itu ada dimana, paling tinggi jawapannya Tuhan itu tidak bertempat. Tidak bertempat macammana?  pasti tidak dapat jawapannya dan kesudahannya dikatakan soalan bodoh atau soalan orang gila.  Sebab itu kita perlu tahu dan mempelajari USUL TAHQIQ selepas usulludin, kerana dengan USUL TAHQIQlah kita dapat menyatakan Tuhan, iaitu yang mendengar, yang berkata dll tadi itu dimana?.  Dengan usul tahqiqlah soalan-soalan tadi akan terjawab.  Ibarat kita tanam padi dari membajak, menuai sehingga menyimpan itulah usulludin. Tetapi  usul tahqiq diusahakan sehingga jadi beras, jadi nasi dan dicampur lauk pauk baharulah sempurna dimakan (sempurna amal).  Cara-cara hendak memasak pun perlu diketahui, takut kalau-kalau nasi jadi lembik atau mentah, kerana tidak tahu menyukat air dsb.  Cara-cara dan petua untuk menjadikan nasi itu sempurna kita ibaratkan TASAUF HAKIKAT.  Tasauf ibadat pula hanya setakat untuk mengelakkan daripada riak, ujub, takabur, dll.  Tasauf hakikat menyentuh tentang ketuhanan, kesedapan beramal dan kemanisan serta kelazatan dalam amal, ibarat nasi yang berlauk, bukan makan  nasi semata.

Apakah dihari ini kita sudah mendapat kemanisan dan kelazatan dalam beramal dan apakah yang sebenarnya yang dikatakan kemanisan dan kelazatan ?  Oleh sebab itulah menjadi kewajipan kepada kita untuk mencari dan mengetahui ketiga-tiga ilmu tadi, supaya boleh mengetahui dan menghayati kemanisan dan kelazatan  dalam beramal.  Setengah-setengah pendapat mengatakan, tidak sembahyang tidak boleh duduk, gelisah dan sebagainya, itu yang katakan mereka kemanisan dan kelazatan.  Jikalau setakat itu masih diperingkat ketagih, seperti orang ketagih rokok, tidak merokok tidak boleh duduk, gelisah dan sebagainya, yang itu bukan lagi kemanisan dan kelazatan namanya.  

Yang dimaksudkan kemanisan dan kelazatan itu tidak siapa yang boleh menghuraikannya, hanya diri sendiri atau mereka yang biasa menempuhinya atau menikmatinya.  Dengan cara ini baharulah kita akan mengetahui amalan kita itu diterima atau tidak.  Untuk mencapai  ketahap ini ialah dengan jalan MAARIFATULLAH iaitu mengenal akan Allah dengan sebenar-benar pengenalan.  Jikalau kita tidak maarifat akan Allah, sudah pasti sama sekali kita tidak dapat melepaskan diri dari  mensyirikkan Allah.  Syirik ialah satu-satunya dosa yang tidak akan dapat keampunan, dosa-dosa lain Allah ampun, tetapi bagi dosa syirik tidak sama sekali.

   Tanpa maarifat, amal ibadat tidak sempurna dan tidak akan telepas dari syirik.  Tidak maarifat ertinya tidak kenal, maka apabila tidak kenal bagaimana hendak cinta, sedangkan pepatah ada berkata "tak kenal maka tak cinta".   Kita kata kita cinta pada Allah,  teetapi setakat mana kita cinta kepada Allah?.  Sedangkan kita tidak kenal Allah.  Apakah cinta kita kepada Allah setakat lima waktu sehari semalam sahaja?, entah-entah dalam lima waktu itu pun kita tidak dapat ingat kepada Allah, sebab tidak mengenal akan Allah.  Sembahyang maksudnya ingat, Allah ingat kepada kita dua puluh empat jam sehari semalam, buktinya nafas kita yang turun naik tidak putus-putus duapuluh empat jam, kita ingat kepada Allah setakat lima waktu sahaja, lebih kurang lima puluh minit atau pun sejam, itupun  mungkin cacat kerana tidak maarifat.  Kata orang-orang hakikat, orang yang ulang alik pergi surau sembahyang lima waktu kerana perintah Allah itu jahat, sebab kerana perintah, tetapi jikalau tidak kerana diperintah mungkin tidak dibuatnya, itu yang dikatakan jahat.  Orang yang baik, ialah orang yang sentiasa ingat kepada Allah sentiasa, setiap waktu, setiap ketika sama ada dalam sembahyang atau di luar sembahyang.


BERSAMBUNG....
dicopy pasta sunankalijago.multiply.com

No comments:

Post a Comment